Pages

May 8, 2014

[Tunas] - Hlovate


Assalammualaikum, hi :)


Hari tuh mcm biase balik kerja trus lepak MPH dgn fiqah. Fiqah ni mmg penasihat aku dlm bab2 nak cari novel2 ni. Setakat ni novel tebal yg aku boleh hadam karya Hlovate dgn buku fixi :)

Novel Tunas ni sambungan daripada Aa + Bb, karya Hlovate gak. Tp fiqah bg cadangan baca Tunas dlu sbb ni kisah dari zaman skolah, bru baca Aa + Bb.

Paling seronok baca novel ni sbb mengingatkan aku zaman sekolah kat merbok dlu. First batch, pioneer, kaki cons masa form 4, main kejar2 dgn warden. Mmg banyak gila persamaan haha. Mmg mengundang tahap sengih la sepanjang baca novel ni :D


Secara ringkasnya novel ni  berkisar tentang Addin Shah, seorang gadis yg mmg tegas pendirian dan tak suka nak menunjuk2 walaupun dia anak Exco. Dia lagi suka being recognized because of her own talent/advantages/effort. Addin ni mmg dahsat jugak masa Form 4, mandi air suling dari lab, bawa walkman keluar dr kawasan asrama, kena tangkap basah dgn kembar (yg ni kelakar, Addin ada kembar yang ramai orang tak tahu, tuh yg sampai kena bash) dan mcm2 lagi la.

Benda2 ni la yg membuatkan kita rindu zaman sekolah sebenarnya.
Nasib baik aku sempat gak la buat benda2 mengarut mcm ni, dgn cikin,juju yg paling taiko dgn tika.haha rindu pulak. The memories will always remain even if people change :)

Naik Form 5, Addin jadi Head Girl, kira mcm BWP masa zaman merbok dulu, MPP kalau zaman universiti. Masa ni gak la ada seorang budak lelaki, Benz bru pindah masuk Tunas. Sama kelas dengan Addin. Nak dijadikan cerita diorang ni mcm daya magnet yang berlainan kutub, tak boleh nak ngam langsung. Masa ni mmg byk adegan2 comel gilak tahap sengih je tak habis. Tapi endingnya Addin marah sgt dengan Benz sampai dah habis paper SPM, diaorang tak jumpa for the last time sebelum semua balik rumah. Nak tahu sbb apa Addin marah sgt?-kena beli novel Tunas ni:)
Dan sambungannya kena la beli novel Aa + Bb :)



'..doa itu wireless. Anytime, anywhere. Dan coverage dia luas. Di mana2 saja signal bar dia penuh lima.. oleh itu kita ambil full advantage. Al-Ma'thurat tu contohnya.'- page 139

'Lagipun aku boleh kerat jari la tak adanya orang yang keluar je dr kolej ni pergi tgk ceramah agama klu waktu cuti panjang tu. Sekurangnya biar la waktu kat kolej ni dpt something'- page 146

'Where every smile, was born out of a love and of sincerity. And every tear of overflowing joy'- page 225 (indecisive-empty decorations *favourite song*) :D


Novel ni sungguh buat kita dok terkenang zaman sekolah. Go and find out this book. It will cherish your day, sekurangnya untuk seketika :)

Semoga bermanfaat :)




No comments: