Pages

April 29, 2014

5 Tahun 5 Bulan - Hlovate

Assalammualaikum, hi! :)

Hlovate- Dah jadi one of my favourite writer.
dah banyak kali sebenarnya orang asyik menyarankan aku baca novel tulisan2 beliau. Minggu lepas lepas balik kerja, aku pun ajak fiqah pergi MPH. Asalnya nak cari novel 'Contengan Jalanan' sebab dari apa yang aku google, jalan ceritanya agak menarik minat. Tapi yang dicari tak jumpa, sedih gak. :(


So finally fiqah bagi idea suruh cuba baca '5 Tahun 5 Bulan'. Buku ni dah lama sebenarnya diterbitkn tahun 2007. tapi takpe, better late than never :)

Secara ringkasnya, novel ni berkisar tentang Ana/Jo/Johanna, seorang gadis yang mmg hati kental, tapi tetap ada jiwa kecil. Ana bekerja part time sebagai orang gaji sementara nak tunggu result fly ke Abardeen. Along, anak sulung majikan tempat Ana bekerja ni agak cool jugak, seorang engineer.  Diorang ni selalu bertengkar, gaduh ala2 manja gak la sebab tuh kadang2 ada part yg aku sengih sorang2. Hehe.

Aku suka perwatakan Ana dalam novel ni. Sangat tegas dengan pendirian dan bila ada dilanda masalah, dia susah nak mengadu kat orang lain. Yang dia ada, Allah. Dan kadang2 Ana mengadu kat Yaya, kwn baik dia, yang paling dia percaya.

Ana ni jurusan perubatan kat University of Abardeen. 5 tahun 5 bulan sepanjang pengajian kat sana mmg banyak mematangkan die. Mana taknya,dari seorang gadis yang hati kental dan tak semudahnya nak jatuh cinta sampailah jiwa jadi sensitif, dan lama2 pandai mengawal perasaan sendiri.

Ada banyak term2 perubatan yang aku pun tak faham, rasa mcm nak skip je, tapi kalau rajin, boleh google term2 ni dan boleh tambah sikit ilmu. hehe

'All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us. If you want to find solace and balm for sore, the words will heal it straight away'- page 163

'When we want to talk to Allah, we pray and say prayers. When we want to hear Allah talk to us, we read the Quran. Juan kena belajar berdiri atas kaki sendiri sebab mak dan abah bukan menongkat dunia'- page 278


509 pages in a week. I hd challenged myself :D

Higly recommended to read this book. Good job, Hlovate.

Semoga bermanfaat :)

1 comment:

Muhammad Hazim said...

Da jd pengulas novel???
:)